Duduk tepi pusara, warga emas tulis nama di nisan anak bikin sebak

Video seorang warga emas tulis di nisan anak bikin sebak apabila lelaki berkenaan dilihat menahan tangis duduk di samping pusara yang sedang ditimbus.

Anak dalam proses dikebumikan

Menerusi perkongsian dari nealea95, lelaki warga emas berkenaan dipercayai sedang menulis nama anaknya yang meninggal dunia dan dalam proses untuk dikebumikan.

 

 

 

Warga emas tulis nama di nisan anak dengan air mata

Dia yang dilihat merenung kayu nisan sementara selepas menulis nama anak lelakinya nampak begitu hiba apabila beberapa kali berhenti seakan memastikan sama ada perkataan yang ditulis betul.

“Air mata seorang ayah yang kehilangan anak lelakinya….hancur,” tulis kapsyen tersebut.

 

 

Warga emas tulis nama di nisan anak, ramai tak dapat tahan sebak

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang akui sebak melihat video terbabit kerana bukan mudah untuk melihat orang tersayang pergi dihadapan mata lebih-lebih lagi anak yang diazankan suatu ketika dahulu.

Ada juga warganet yang turut berkongsi kisah hampir sama dan mengakui situasi tersebut sangat perit untuk dihadapi.

 

 

Kita tidak kehilangan tapi memulangkan

 

Kehilangan anak lebih perit sebenarnya

Ramai ada kisah hampir sama

Ramai ada kisah hampir sama

Ada yang hampir kemurungan sebab kehilangan anak

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*