Amy Mastura Selamat Bergelar Hajjah, Peminat Puji Sikap Dah Selesai Tunai Haji Baru Umum

Pelakon dan penyanyi, Amy Mastura meluahkan rasa syukur apabila dia dan keluarga selesai menunaikan ibadah haji di Tanah Suci, baru-baru ini.

Perkara itu dikongsikan Amy menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

 

Akak nak ambil kesempatan ini untuk ucap terima kasih yang tak terhingga pada semua staf dan petugas ‘Eiman Travel’ yang sentiasa membimbing dan memastikan kami tak tersasar tujuan.

Kakak minta maaf sebab kakak tak update apa-apa masa kakak di Makkah.

Tulisnya lagi, dia menghadapi banyak dugaan dan cabaran ketika menunaikan rukun Islam ke-5 itu namun berasa sangat bersyukur kerana dipermudahkan urusan oleh Allah S.W.T.

Dugaan memang banyak tapi Allah S.W.T rezekikan kami bersama jemaah yang sangat baik. Semoga Allah berkati dan memberikan haji mabrur buat semua.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap penyanyi itu yang tidak menghebohkan perbuatan ibadahnya sehinggalah selesai.

“Ini baru betul, settle haji baru update, baru boleh fokus betul-betul..” komen seorang netizen.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*