“Aduh Lagu Apa Ni, Syok Sendiri” – Lirik Mengarut, Karya Terbaru Wany Hasrita Dikritik Peminat

“Kembalikan zaman Menahan Rindu”, begitulah kritikan netizen terhadap karya terbaru penyanyi Wany Hasrita iaitu lagu berjudul Madu Dua.

Klip video pendek sedutan lagu tersebut dilihat telah dimuat naik satu akaun TikTok sekaligus mengundang kritikan netizen terutamanya peminat Wany di media sosial.

@wany_hasrita.fc

dulu satu, sekarang dua mungkin tiga? #madudua #dulusatusekarangduamungkintiga #musicvideo #lagu #lagumalaysia #fyp #fypシ #foryoupage

♬ original sound – wany_hasrita.fc – wany_hasrita.fc

 

Kata netizen, lagu terbaharu Wany itu tidak menepati standard dan seolah-olah sekadar ‘tangkap muat’.

 

Ada juga peminat yang meminta Wany untuk mengekalkan genre lagu yang membuatkan dia terkenal di mata peminat.

Pelik-peliklah lagu sekarang ni. Macam syok sendiri.

Dulu tahun 90-an bapak aku pernah berkata, apa la lagu zaman sekarang, sekarang aku faham.

Sekadar info, Wany Hasrita pernah memenangani anugerah Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke031 pada tahun 2018.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*