“Itu Bukan Wa Brother, Malu La Sikit Main Tuduh-Tuduh Orang Macam Ni” – Syazwan Zulkifli Berang Dituduh Dayus

Pelakon Syazwan Zulkifly semalam meluahkan rasa berang setelah ruangan komen media sosialnya dipenuhi tuduhan tidak berasas iaitu dia dikatakan selebriti yang memukul kekasihnya, baru-baru ini.

Syazwan Zulkifly mengamuk dituduh pukul kekasih

Sebelum ini, pelakon Ammar Alfian turut menjadi mangsa tohmahan netizen gara-gara spekulasi tentang siapakah pelakon yang melakukan perbuatan kejam itu.

 

Meninjau ruangan komen di salah satu hantaran Instagram, Syazwan tampil menafikan tuduhan netizen itu dan meminta agar orang ramai untuk tidak membuat tuduhan secara melulu.

 

Brother itu bukan wa brother, malu la sikit main tuduh-tuduh orang macam ni.

Naik hairan dengan sikap netizen

Malah, Syazwan juga naik hairan dengan sikap netizen yang ‘mencari-cari’ siapakah selebriti yang dimaksudkan itu seolah-olah kenalan rapat mereka yang menjadi mangsa.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*