Bella Astillah Beri Ucapan Hari Jadi Ayden, Titip Pesanan Jadi Lelaki Yang Baik – ‘Menghormati Wanita & Melindungi Keluarga’

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah memberi ucapan buat anak sulungnya, Ayden Adrean sempena ulang tahun yang ketujuh.

‘Jadilah lelaki yang baik’

 

Menerusi hantaran di Instagram, Bella berkata, anak-anak menjadi sumber kekuatannya selama ini di samping mendoakan agar Ayden membesar menjadi seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab.

Ayden, jadilah lelaki yang baik, pintar, yang menghormati perempuan dan melindungi keluarga. Kuatkan lah imanmu, anakku dan jadilah seseorang yang berguna, yang memberkati orang disekelilingmu dalam segala hal.

Dalam pada itu, Bella turut mengingatkan untuk menjadi manusia yang baik supaya disenangi ramai orang.

Jadilah anak yang bertanggungjawab, berakhlak, menjaga maruah, berbakti kepada keluarga dan sesama manusia, menjadi orang yang pintar, orang yang kaya, orang yang handsome itu adalah bonus tapi apa yang jauh lebih penting daripada semua itu, Mummy mahu Ayden jadi orang yang baik.

Mummy akan sentiasa doakan Ayden menjadi orang yang baik, yang ikhlas. Insya-Allah pasti ramai yang akan menyayangimu dan hidupmu akan jadi lebih tenang. I love you sayang, happy birthday.

Untuk rekod, Bella dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna yang kini berusia empat tahun.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*