KOTA TINGGI – Kegembiraan empat rakan mengikuti perkhemahan sempena cuti sambutan kemerdekaan bertukar tr4gedi apabila tiga daripadanya m4ut manakala seorang lagi parah selepas terlibat kemaIangan di Kilometer 50 Lebuh Raya Senai-Desaru, petang semalam.
Dalam kejadian itu, mangsa, Iqbal Faiz Mat Sah, 20, Nurul Afrahrina Sazli, 19, dan Nurina Izzatie Kamarul Azman, 19, yang menaiki Perodua Bezza disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Seorang lagi rakan mereka penumpang kenderaan sama Izznur Harith, 19, mengalami ced3ra par4h dan dirawat di zon merah di mana kesemua mereka adalah pelajar di Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat.
Rakan satu kolej, Mohamad Hakim Md. Nor, 19, berkata, Iqbal Faiz bukan sahaja rakan belajarnya bahkan rakan serumah selepas mereka menyewa bersama-sama sejak Jun lalu
“Iqbal dan tiga rakannya yang terlibat nah4s itu serta beberapa rakan lain telah merancang perkhemahan sejak seminggu yang lalu sempena cuti kemerdekaan.
“Mereka menyewa kereta untuk berkhemah di Pantai Batu Layar bertolak pada Jumaat dan balik Sabtu. Ketika kejadian berlaku mereka sebenarnya dalam perjalanan balik ke Batu Pahat kerana pada hari Ahad kami sudah mulai kelas.
“Masih segar diingatan saya bila dia hendak keluar ambil kereta sewa, dia sempat berkata ‘aku gerak dulu’ tak sangka itu adalah perbualan terakhir kami sebelum saya dapat panggilan pukuI 3 petang menyatakan Iqbal m4ut dalam kemaIangan, ” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi di sini.
Katanya, Iqbal Faiz adalah seorang rakan yang periang dan peramah, namun dua hari sebelum itu dia seolah-olah menyepikan diri.
Menurutnya, mereka sempat meluangkan masa makan bersama, namun makanan Iqbal Faiz tidak habis seperti tiada selera selain tidak banyak bercakap.
Semalam, Kosmo! melaporkan, gagal memot0ng dipercayai menjadi punca nah4s yang mer4gut tiga ny4wa pelajar kolej di Kilometer 50 Lebuh Raya Senai-Desaru petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora dipetik berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian kemaIangan itu pada puk0l 2.15 petang.
Katanya, kej4dian melibatkan sebuah Perodua Bezza yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berumur 20 tahun bersama tiga orang penumpang dengan dengan dua buah kereta jenis Volkswagen Beetle dan Toyota Innova. –
Sumber KOSMO! ONLINE via Harian metro
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!