Afdal anak imamkan solat jenazah ibu bapa… Pintu syurga terbuka, doa untuk mak ayah mustajab

SEBAK tatkala melihat video seorang remaja, Abdul Rahman Amir Ruddin mengimamkan solat jenazah enam ahli keluarga termasuk ibu dan bapanya yang maut dalam kemalangan jalan raya pada Jumaat lalu.

Dalam deraian air mata, remaja berusia 19 tahun itu tabah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak sewaktu detik-detik perjalanan terakhir kedua orang tuanya.

Kemalangan pada petang Jumaat lalu meragut nyawa enam beranak iaitu Amir Ruddin Ismail, 46; Norahimah Noor Muhamad, 43; Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi yang berusia lima tahun.

Sememangnya menguruskan jenazah ibu bapa termasuk mengimamkan solat jenazah mereka adalah lebih afdal dilakukan oleh anak si mati sebagai khidmat

Memetik laman sesawang Pejabat Mufti WIlayah Persekutuan, sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Al-Nawawi:

“Sekiranya yang meninggal dunia itu adalah seorang lelaki yang tidak mempunyai isteri maka orang yang paling utama memandikan jenazahnya adalah bapanya, kemudian datuknya, kemudian anak lelakinya, kemudian cucu lelakinya, kemudian saudara lelakinya, kemudian anak saudaranya yang lelaki, kemudian bapa saudara, kemudian sepupu lelaki.

“Ini kerana mereka merupakan golongan yang paling berhak untuk menunaikan solat jenazah ke atasnya maka demikian mereka juga paling berhak untuk memandikan jenazahnya. (Rujuk Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Al-Nawawi)

syeikh

Syeikh Zaini ketika menyampaikan kuliah mengenai fadilat bagi anak lelaki yang mengimamkan solat jenazah ibu bapanya.

Sementara itu, pendakwah, Syeikh Zaini Ahmad turut menghuraikan mengenai fadilat bagi anak lelaki yang mengimamkan solat jenazah kedua ibu bapanya, dalam satu siri kuliahnya.

Ayuh kita ikuti kupasan Syeikh Zaini:

“Ulamak berpendapat mana-mana mak ayah yang meninggal dunia, diimamkan oleh anaknya sendiri, sesungguhnya terbuka pintu syurga.

“Sebab apa? Sebab Allah rahmati si mati itu kerana yang solatkan jenazah ibunya, adalah anaknya sendiri yang bertakbir dengan penuh kasih sayang.

“Sebenarnya harapan dia supaya Allah buat baik dekat mak dia tu, itulah doa di hati yang tak keluar di mulut. Doa itu mustajab.

“Dia tak baca doa apa tapi harapan dia ‘Ya Allah ampunkanlah dosa mak aku ni’, itu doalah tu. Maka mana-mana jenazah mak ayah yang meninggal dunia, solat jenazah diimamkan oleh anaknya, ketahuilah mak ayah itu calon ahli syurga.

“Kalau kamu nak mak kamu ahli syurga, buatlah sesuatu yang terbaik buat kali terakhir untuk dia,” jelas beliau.

jenazah 2

Menjadi tanggungjawab untuk anak-anak menguruskan jenazah ibu bapa mereka. -Gambar hiasan/SPJM

Syeikh Zaini dalam pada itu turut menyeru agar anak-anak tidak segan untuk menimba ilmu berkaitan pengurusan jenazah kerana ternyata ia akan menguntungkan ibu bapa kelak.

“Kata ulama, apabila mandikan jasad mak ayah, anak gosokkan tangan mak ayah yang telah meninggal, katakanlah ‘mak, tangan ini yang suap saya makan, hari ini saya basuh tangan mak yang telah menyuap saya makan’.

“Apabila basuh tangan ayah, katakanlah ‘inilah tangan yang cari rezeki, bagi saya makan… saya reda, dan ayah redailah saya’.

“Peluang untuk kita minta sesuatu dari Allah untuk membahagiakan mak ayah, maka tak rugi kalau anak-anak ini belajar solat jenazah. Baca Al- Fatihah senyap-senyap pun tak apa, cuma takbir itu (perlu).

“Doa tak apa, tok imam boleh baca, tapi kamu jadi imam solat itu. Doa imam itu doa mereka (anak), cukup kamu aminkan. Kerana amin itu menyebabkan doa kami laju pergi kepada Allah, kerana engkau anak yang soleh,” akhirinya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:mstar