Saya Lebih Tahu Sejarah Negara Saya, Jangan Ajar Aku Tentang…” – Uyaina Arshad Balas Komen Netizen Indonesia Pasal Kemerdekaan

Uiyana Arshad baru-baru ini meraih perhatian serta pujian ramai selepas dia mengajar dan mengingatkan warga Malaysia yang menyokong Israel atau bersikap neutral.

 

Menerusi video tersebut, Uyaina menyuruh masyarakat untuk mengimbau kembali berapa banyak nyawa terkorban akibat pemberontakan menentang penjajah.

https://www.instagram.com/reel/CzQFjYhOTCw/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Sementara itu, seorang individu warga Indonesia dilihat meninggalkan komen di Instagram Uyaina dan bercakap tentang kemerdekaan Malaysia.

 

Individu tersebut berkata negara kita merdeka kerana ‘pemberian’ bukan kerana perang dan turut menyatakan bahawa Hamas dan Israel perlu berdamai.

 

Namun, apa yang dibalas semula oleh Uyaina terhadap warga Indonesia tersebut meraih pujian dan membuatkan warganet berasa puas hati.

 

Darah prajurit tanah airku yang pernah gugur jangan kau diamkan. Jangan ajar tentang sejarah negaraku sebagaimana aku tidak pernah mengajar kamu tentang sejarah negaramu.

Menerusi Twitter, warganet memuji kebijaksanaan Uyaina dan turut melabelnya ‘beauty with brain’ kerana setiap kata-kata yang keluar daripadanya memang berpandukan ilmu di dada.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

 

Writing by :Editor sheeba

 

Sumber :instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*