Laju je nak buang kalau nampak bekas ni! Rupanya ada cara senang nak basuh…

Kalau nampak bekas ini dengan kesan minyak kat rumah, mesti dalam fikiran nak senyap-senyap buang sebelum kena paksa basuh.

 

Rupanya ada cara senang nak basuh ia biar bersih dan hilang semua kesan minyak, jimat duit nak ganti balik.

Memang betul minyak banyak tu sedap tapi renyah betul bila simpan dalam bekas plastik, lagi senang kalau masuk sahaja dalam plastik pakai buang.

 

Tip ini dikongsikan Hafiza Zanuddin untuk hilangkan kotoran minyak degil pada bekas plastik.

 

Cara mudah bersihkan bekas plastik berminyak

Tip ini dikongsikan Hafiza Zanuddin untuk hilangkan kotoran minyak degil pada bekas plastik.

Bahan-Bahan:

Sesudu Garam

Sabun Pencuci Pinggan

Cara-Caranya:

 

Masukkan sedikit sabun (tak kisah jenapa apa sekali pun), lepas itu tambah sesudu garam dalam bekas pencuci.

Jadilah yang ini hasil campuran. Jangan cuba rasa guna lidah pula lepas letak garam. Saya hampir nak rasa hari itu.

Ini lah antara kotoran-kotoran degil yang selalu meninggalkan kesan di bekas dan jiwa. Walaupun dah basuh.

Dalam proses, gambar ini nak cerita, memang sangat mudah tanggal. Love sangat.

Dah siap. Selepas itu, boleh lah cuba buat macam iklan dekat tv itu, gesel-gesel jari kat bekas. Serius, siap keluar bunyi itu.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

 

 

 

 

 

 

Writing by :Editor sheeba

 

Sumber :facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*