uqasha sebak kenang pengorbanan ibu,mak saya ibu tunggal besarkan kami 7 beradik kongsi rezeki bagi hadiah gelang emas..

Pelakon terkenal, Uqasha Senrose akui terharu saat menerima hadiah istimewa berupa gelang tangan emas daripada ibu tercinta, Rosmizai Mohd Noor.

Menurut Uqasha, dia berasa sebak bila mengenang kembali pengorbanan ibunya itu untuk membesarkannya bersama enam adik beradik lainz

Katanya lagi, meskipun bergelar ibu tunggal, ibunya itu tidak pernah gagal untuk mencurahkan kasih sayang kepada semua anak-anaknya.

uqashasenrose2

Salam tujuan buat vid ni bukan nk menunjuk-nujuk riak mahupun berlagak .. tapi qasha just nk share how qasha hargai sangat2 apa mama buat untk sha,mama sha single mom struggle besar kan 7orang anak cuba sedayanya cari rezeki untuk besarkan kami semua.Tapi bila dia cari duit sana sini n sha pun tolong mama n bg semua apa yang sha mampu sebagai seorang anak.Tapi bila dia ada lebih je dia balik kelantan semata-mata nk suprise kan sha dengan hadiah ni.Mengalir air mata sebab sha tahu macam2 cara mama cari rezeki dengan bantuan anak2.Pukul 2 pagi dia kata nak balik kelantan,pelik sha rupanya dia dah tempah dan suprisekan dkt sha hadiah ni.Sanggup dia drive diteman kan Jazz dan Shima untuk balik suprise kan sha yang penat kerja tolong mama. thank you so much ma , i love u not bcs of d emas berlian but how u always care n love me ma .. Hanya ibu kita sahaja boleh terima perangai baik buruk kita. sayang mama tiada penghujungnya. ❤️

 

https://www.instagram.com/reel/Cz864rYyHE6/?utm_source=ig_web_copy_link

“Tujuan buat video ni bukan nak menunjuk-nunjuk riak mahupun berlagak tapi saya cuma nak berkongsi bagaimana saya hargai sangat-sangat apa mama buat untuk saya.

“Mama saya sorang ibu tunggal yang bersusah payah membesarkan tujuh orang anak. Cuba sedayanya cari rezeki untuk besarkan kami semua

“Bila dia cari duit sana sini dan saya pun tolong mama dan bagi semua apa yang saya mampu sebagai seorang anak,” tulisnya.

 

Perkara itu dikongsikan oleh isteri kepada pelakon, Kamal Adli itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Pada masa sama Uqasha turut menghargai usaha ibunya untuk membahagiakan anak-anak.

“Tapi bila dia ada lebih je dia balik Kelantan semata-mata nak kejutkan saya dengan hadiah ni. Mengalir air mata sebab saya tahu macam-macam cara mama cari rezeki dengan bantuan anak-anak.

“Terima kasih banyak mama. Saya sayangkan mama bukan sebab emas berlian tapi bagaimana mama menunjukkan kasih sayang.

“Hanya ibu kita sahaja boleh terima perangai baik buruk kita. Sayang mama tiada penghujungnya,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji hubungan akrab tersebut selain turut mendoakan semoga Uqasha sekeluarga sentiasa diberkati Allah.

“Saya menangis tengok. Semoga mak kamu sentiasa sihat bahagia. Sama juga dengan Uqasha.

Hadiah yang terbaik adalah daripada ibu sendiri,” antara komen-komen netizen.

Pada masa sama, Uqasha turut menafikan tanggapan segelintir pihak yang menyifatkan keluarganya itu datang daripada golongan berada.

“Mak saya bukan orang kaya atau berduit. Mak saya ibu tunggal. Kami sudah lama hidup berdikari sebagai perempuan. Tak mengharapkan sesiapa selagi Allah beri kudrat untuk bekerja,” jelas Uqasha.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Writing by :Editor sheeba

Sumber: tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*