Sebelum ini, Makcik Kemboja yang dikenali sebagai Madame Mariyah dikecam selepas mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Dikatakan Melayu Malas
Kenyataan yang berbaur gurauan dengan mengatakan dirinya yang berketurunan Kemboja dikatakan lebih rajin bekerja berbanding dengan orang Melayu yang dilabel sebagai pemalas.
Susulan itu, Mariyah yang merupakan pemilik sebuah gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas videonya itu tersebar luas.
Tidak lama selepas itu, Mariyah juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor atau TMJ kerana memberi keizinan untuk dirinya menjalankan perniagaan di negeri Johor.
Satu Persatu Didedahkan
Rentetan dari isu juga, pelbagai isu baru yang mula timbul dan dikatakan beberapa kejadian yang melibatkan ‘scammer’, penipuan dan hutang mula terbongkar.
Jika dilihat di media sosial, netizen mula mendedahkan kepada umum apa yang dilakukan oleh Makcik Kemboja ini terhadap beberapa individu yang terlibat dengan perniagaannya.
Michael Ang Selar Makcik Kemboja
Isu ini juga mendapat perhatian daripada pengarah dan pelakon, Michael Ang.
Tulis Michael Ang, dia yang pada mulanya boleh menerima gurauan Makcik Kemboja, solah-olah menjadi marah apabila melihat dan mendengar pelbagai rintihan daripada makcik-makcik yang turut terlibat dengan produk Makcik Kemboja ini.
Malah Michael Ang turut menyelar tindakan Makcik Kemboja tersebut dan meminta supaya dia boleh bungkus pakaian dan balik ke kampung asalnya.
Michael Ang turut mengakhiri penulisan dia dengan menyatakan orang seperti ini seorang yang keji dan berselindung dibalik Kaabah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Writing by :Editor sheeba
Sumber: instagram
Leave a Reply