Media Indonesia bongkar kisah silam suami baru BCL, terdedah cerita hutang dan punca cerai

Netizen dan media Indonesia dilaporkan sedang membongkar kisah silam suami baharu Bunga Citra Lestari (BCL) iaitu Tiko Aryawardhana selepas pernikahan mereka baru sahaja berlangsung kelmarin.

Segenap kisah silam Tiko mahupun apa sahaja yang dirancangnya mula diselongkar peminat termasuk kisah perceraiannya dengan wanita bernama Arina Winarto kerana masalah pembayaran nafkah.

Memetik Kosmo!, media di negara seberang itu mendedahkan talak yang dilafaz oleh Tiko sekitar tahun 2021 berpunca daripada tiada persefahaman dan kerap berlaku perbalahan antara mereka berhubung isu kewangan.

Perkara itu dibongkar menerusi laporan umum daripada Mahkamah Agung Republik Indonesia.

“Penyebab perbalahan adalah masalah kewangan berpunca daripada Tiko (pemohon cerai) kerana tidak mampu memberi nafkah yang cukup.

“Pemohon juga memiliki hutang kepada pihak lain yang timbul akibat bisnes dijalankan kurang berhasil.

“Pemohon dan isteri juga tidak lagi merasakan keharmonisan selain tidak pernah sama sekali menerima sokongan moral daripada Arina,” menurut laporan tersebut.

Hasil perkahwinan dengan Arina pada 26 Jun 2014, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.

Kelmarin, Tiko dan BCL selamat dinikahkan oleh bapanya, Muchlis dalam sebuah majlis tertutup bertempat di hotel terkemuka di Bali, Indonesia.

Majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat sahaja.

Terdahulu, BCL bernikah dengan pengacara dan aktor dari Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 12.

Jodoh tidak panjang, Allahyarham Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 ketika tidur akibat serangan jantung.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*