Personaliti media sosial sekaligus anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman yang dikenal sebagai Kasih Iris Leona ini terlihat menyelar netizen di laman Twitter miliknya setelah menerima kecaman di video TikTok yang telah dimuatnaik baru-baru ini.
Menurutnya, dia tidak terkesan dengan komen-komen negatif yang ditinggalkan di ruangan komen video tersebut. Meskipun dikatakan gemuk dan tidak sopan kerana mengenakan pakaian yang seksi, gadis berumur 21 tahun ini tidak mahu mengambil tahu. Baginya, dia gembira dengan penampilan dirinya kini dah itu sudah cukup..
Minta maaf kalau awak tak puas hati dengan penampilan diri sendiri tetapi awak tidak perlu menunjukkan rasa ‘insecure’ bila melihat saya.
Saya okay dan gembira dengan penampilan diri sendiri. Itu sahaja paling penting.
Ada yang kata saya macam mak beranak lima, bagitahu saya, mak awak nampak macam saya ke?
Tidak mahu lagi berdiam diri apabila diperkecilkan oleh warga maya di ruangan komen, dirinya tampil membidas sebahagian besar yang mengkritiknya itu. Katanya, dia tidak pernah melihat sebarang komen yang ditinggalkan oleh mereka dan menganggap hal itu hanyalah perbuatan sia-sia.
Namun, tambah Leona, jika dengan memuatnaik perkataan negatif begitu dapat membahagiakan sesetangah pihak, maka dia berbesar hati untuk menjadi punca kebahagian mereka ujarnya. Pada masa yang sama, dirinya juga menasihati para netizen untuk mencari aktiviti lain yang lebih bermanfaat selain dari mengecam penampilannya di media sosial.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Tiktok
Leave a Reply