Ibu bapa Perlu Ambil Iktibar Kes Zayn Rayyan, Ketatkan Lagi Aspek Keselamatan Anak-Anak Tersayang

Ibu bapa berperanan penting dalam memperketatkan aspek keselamatan anak mereka bagi mengelak terbabit dengan kegiatan jenayah pada masa depan.

Bahkan sebarang bentuk pencegahan jenayah bukan sahaja tanggungjawab kerajaan mahupun polis, tetapi ia memerlukan penyertaan ibu bapa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menasihatkan golongan ibu bapa supaya mengambil iktibar dalam kejadian yang menimpa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin khususnya aspek keselamatan.

Memetik sebuah laporan berita online, meskipun ibu bapa mangsa memberikan perhatian penuh kepada anaknya, Datuk Mohd. Na’im Mokhtar berkata, namun insiden tersebut tetap berlaku.

“Kita harap apa yang berlaku menjadi pengajaran khususnya ibu bapa yang mempunyai anak (menghidap) autisme.

“Sama seperti adik Zayn, ibu bapanya sangat berhati-hati menjaga anak, namun apabila toleh sudah tiada,” katanya.

Dr. Mohd. Na’im memberitahu, dalam masa sama di Parlimen pagi tadi sewaktu sesi penggulungan, turut diajukan soalan berkaitan kanak-kanak istimewa dan orang kelainan upaya (OKU).

“Justeru, kita (kerajaan) berusaha memberikan yang terbaik untuk OKU yang mempunyai masalah pembelajaran, autisme dan sebagainya.

“Saya harap maysarakat cakna memberikan perhatian khususnya autisme yang perlu diberikan sokongan dan dokongan,” ujarnya.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada kedua ibu bapa Zayn Rayyan atas insiden yang menimpa anak mereka.

Terdahulu, Dr. Mohd Na’im meluangkan masa bersama keluarga Zayn Rayyan selama 15 minit sebelum meninggalkan Jabatan Forensik pada pukul 3.58 petang.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*