Pekerja Lombong Gali Tanah Terkejut Jumpa Pocong, Mata Didakwa Terbuka Selain Kulit Pucat Kebiruan

Tiada yang pelik lebih menarik namun pada masa sama masih membuatkan bulu roma berdiri tegak apabila mendengar kisah seram lebih-lebih lagi melibatkan makhluk halus atau jin.

Mungkin kedengaran klise buat sesetengah orang, namun itu yang sering diceritakan oleh sesetengah individu yang pernah berdepan detik cemas terserempak atau ternampak kelibat makhluk ghaib.

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi dialami seorang pekerja  lombong yang menemui objek menyerupai mayat dibalut dengan kain kafan.

Memetik sumber laporan sebuah berita online Indonesia, dalam video tersebut, pekerja lombong di Morowali, wilayah Sulawesi Tengah itu dilihat sedang melakukan kerja penggalian ketika waktu malam menggunakan jentera berat.

 

 

Namun, dia terkejut apabila melihat  objek berwarna putih yang menyerupai jasad manusia dengan kain kafan tertimbus di bawah tanah tersebut.

“Mahu menggali terjumpa pocong,” tulisnya pada keterangan dalam video.

Turut kelihatan adalah apa yang didakwa menyerupai mata dalam keadaan terbuka selain kulit pucat kebiruan.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Kelihatan seperti batu. Ia kesan pareidolia,” kata seorang netizen.

“Saya rasa ia pareidolia kerana ia kelihatan seperti leper. Gambarnya memang menyerupai pocong, tetapi ia benar-benar seperti pocong leper,” kata pengguna lain.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*