Cop jari di syaki pembunvh Rayyan Dihantar Ke Makmal

Lagi perkembangan terkini kes pembunuhan adik Zayn Rayyan di mana pihak polis tidak menolak kemungkinan suspek ada rekod jenayah termasuk dalam kes seksual.

Oleh itu, ketika ini polis sedang melakukan semakan menyeluruh terhadap semua rekod jenayah yang berada dalam kawasan sekitar.

Ia meliputi Mask Genius Screening melibatkan data cap jari orang yang mempunyai rekod jenayah termasuk kumpulan yang terlibat dalam kesalahan seksual.

Selain itu, mereka yang dalam perhatian pihak polis melibatkan penduduk tempatan atau di luar kawasan. Semua kita akan beri perhatian. – Kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Cap jari yang dijumpai pada tubuh mangsa juga sudah dihantar untuk dianalisa di makmal. Ini menjadiakan ia sebagai bahan bukti yang paling terdekat dimiliki bagi menjejaki suspek.

 

Pembunuhan mangsa ini merupakan kes yang ‘straight forward’, siasatan telah dimulakan pihak polis sejak semalam dan ia masih diteruskan.

Kesemua barang kes yang diperolehi sewaktu bedah siasat termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan cap jari dipercayai milik suspek ke Jabatan Kimia Malaysia untuk memperolehi maklumat forensik berkaitan.

Sama-sama kita doakan agar suspek yang bersalah dapat dikesan dengan cepat.

Kredit: Sinar Harian

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: