Pakai khimar ke pasar sampai orang pandang pelik? Maryam tak melatah, siap nak wakaf di masjid Korea Selatan

Tular sebelum ini mengenai gaya pemakaian pempengaruh Maryam Younarae di negara asalnya di Korea Selatan.

Rata-rata orang di negara yang terkenal dengan artis K-Pop pelik melihat seseorang yang bertutup dari atas ke bawah.

Menurut Harian Metro, Maryam pernah tertanya mengapa Tuhan memberikan hidayah buatnya yang tinggal di negara kurang perihal agama Islam.

“Pada Oktober lalu, saya balik ke Korea. Saya ada berkongsi video memakai khimar ketika ke pasar. Video berkenaan tular dan menerima 12 juta tontonan.

Orang-orang di Korea melihat saya dalam keadaan pelik. Sebagai manusia, saya juga ada perasaan takut dan tertanya-tanya apa yang mereka fikirkan

Buat pertama kalinya, saya mengeluh kepada Allah. Kalau nak saya memeluk Islam, kenapa lahirkan saya sebagai orang Korea dan bukannya orang Malaysia? Kenapa beri saya situasi susah?” katanya seperti dipetik Harian metro.

Tidak lemah semangat dia menganggap itu adalah cara terbaik untuk mendekati orang di negaranya memahami apa itu Islam.

“Kemudian saya dapat jawapan. Kerana saya orang Korea Selatan dan seorang muslim, jadi, lebih mudah untuk saya mendekati mereka dan berkongsi mengenai Islam.

“Saya akan terus tunjukkan perkara yang baik-baik.Sama seperti suami saya, Ryzal. Ketika dia membawa saya memeluk Islam, dia tak pernah paksa saya buat itu ini tapi dia menunjukkan contoh.

“Bila sudah terbiasa, saya pula ada keinginan untuk belajar sendiri. Setiap perkara yang berlaku ada prosesnya. Kita tak boleh terus berubah 360 darjah,” katanya.

Maryam juga berhajat untuk wakafkan jenama pakaian muslimahnya Khimar MaryamNarae by Maryam You Narae itu di masjid-masjid di Korea Selatan dan Malaysia.

Tambahnya khimar itu selesa digayakan untuk berjalan seharian dan boleh digunakan ketika bersolat.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Editor : Sheeba

Sumber: Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*