[VIDEO] Gelagat Aaisyah Mahukan Che Ta Pakai Baju ‘Berbulu’ Supaya Cepat Sembuh Dari Covid Raih Perhatian Ramai!

Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.

Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

“Tetap Nak Bersiapkan mummy Bagi Cantik”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 162 ribu, tanda suka sebanyak 4337 dan hampir 100 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Aaisyah yang membawa baju yang berbulu untuk Che Ta supaya dia memakainya ketika sakit.

“Aaisyah rasa, mummy kena pakai baju bulu ni, kalau mummy pakai baju bulu ni baru cepat sembuh”-kata Aaisyah

 

@rozitachewan1

Walaupun mummy sakit , dia nk jgk mummy pakai baju bulu]… baqu cepat sembuh dia kata🤣🤣🤣🤣 kot sesak nafas plk mummy aaisyah🤪 . #cheta #rcw #rozitachewan #covid19 #dec2023 #fyp

♬ ost my sassy girl – Ohh_hanny77

 

Rata-rata netizen memuji sikap Aaisyah itu. Mereka juga mengatakan bahawa Aaisyah mengetahui bahawa Che Ta menyukai baju seperti itu dan ingin memberi kekuatan walaupun tengah sakit dengan menyuruhnya memakai baju sebegitu.

“Bagus Aaisyah tak nak mummy sedih-sedih time sakit, dia nak mummy happy jadi cepat sembuh”

“Anugerah Allah buat Che Ta. anak comey sangat cerdik pulak tu”

“Dia tahu mummy dia suka baju bulu2”-kata mereka

 

 

 

Apa-apa pun, semoga Che Ta cepat sembuh dari wabak Covid-19 itu. Semoga kita semua dilindungi serta diberikan keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Editor : Sheeba

Sumber: Titoki

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*