Syamimia Kesal Disindir Sebagai ‘Isr4el & Neutral’ Ketika Sedang Bercuti-“Jangan Fitnah Saya Lagi..”

Pempengaruh media sosial, Nur Syamimia meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak yang masih kurang senang dengannya berhubung isu tidak membuat perkongsian mengenai Gaza pada Oktober lalu.

Dipanggil ‘Israel & Neutral’ Ketika Bercuti

Kongsi Syamimia menerusi hantaran di Instagram, menceritakan bahawa dia turut dipanggil sebagai ‘Israel dan Neutral’ oleh segerombolan lelaki ketika dirinya sedang bercuti di Pulau Pinang, baru-baru ini.

“Jangan fitnah saya lagi. Baru-baru ini saya bercuti di Pulau Pinang dan segerombolan lelaki memanggil saya ‘Israel dan neutral’ kerana isu lalu. Mereka lari dan tidak memohon maaf.

Sebulan sudah saya menyepi. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan merasakan suara saya tidak lagi ‘valid’ dan mahu didengari oleh bangsa saya sendiri.”-tulis Syamimia

Mohon Rakyat Malaysia Henti Sebar Fitnah

Menegaskan bahawa dirinya tidak pernah menggelar diri sebagai neutral dan menyokong Israel, Syamimia turut memohon buat rakyat Malaysia untuk henti menyebarkan fitnah yang secara tidak langsung mencemarkan imejnya.

“Saya tidak pernah berkata saya neutral & menyokong Israel di sebuah video LIVE permohonan maaf saya bulan lalu. Video tersebut telah disunting dan diambil bahagian yang “penting” sahaja untuk dijadikan sebuah cerita.

Di dalam video 4 minit juga saya berkata, “Saya bersama saudara saya di Palestine” berserta bendera Palestine walaupun kecil nilainya di mata manusia.

Saya mohon kepada rakyat Malaysia untuk berhenti sebarkan fitnah yang mengatakan saya menyokong Israel, duta Israel, neutral, mencemarkan imej saya.”-jelas Syamimia

 

Oktober lalu, Syamimia mendapat kritikan netizen selepas didakwa tidak sensitif serta enggan berkongsi sebarang hantaran tentang konflik di Gaza.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Editor : Sheeba

Sumber: Titok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*