[VIDEO] Rambut Azad Jasmin Cetus Perhatian Ramai-“Ni Bukan Anuar Zain, Tapi Willy Wonka!”

Azad Jasmin John Louis Jefri merupakan seorang pelakon, pelawak, pengacara, penyanyi dan penyampai radio Malaysia. Beliau juga lebih dikenali sebagai Azad Jasmin ataupun Pak Azad.Beliau berkahwin dengan pelakon Eira Syazira pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan yang kesemuanya diakhiri dengan nama Rose Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose, dan Areisya Suri Rose.

Pada tahun 2010, beliau berlakon bersama Shaheizy Sam dan Angah Raja Lawak dalam filem seram komedi Ngangkung arahan Ismail Bob Hasim, filem ini menjadi kejayaan komersial.

Di bawah arahan pelakon berkaliber, Farid Kamil beliau beraksi dalam filem aksi komedi 2011, Kongsi yang mana beliau memegang watak sebagai Mikail. Ia merupakan filem terakhir Azad bersama Metrowealth sebelum mengambil keputusan untuk bergerak sendiri akibat perselisihan faham dengan penerbit David Teo.

 

“Menangis Kalau Anuar Zain Tengok Ni”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Eira Syazira yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 333 ribu, tanda suka sebanyak 17 ribu dan sebanyak 459 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Azad yang mengatakan bahawa rambutnya seperti Anuar Zain kemudian dia menyanyikan lagu Anuar Zain itu.

“i macam jadi Anuar Zain,”-kata Azad’

https://www.tiktok.com/@eirasyazira772/video/7311242323487149314

 

Rata-rata netizen terhibur melhat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa rambut Azad itu bukannya kelihatan seperti Anuar Zain, malah kelihatan seperti pelakon utama filem Willy Wonka 2005.

“Tak macam Anuar Zain pon, tapi macam Willy Wonka ada lah”

“Hahahaha terbaik Pak Azad, kalau stress tengok ni auto gelak, tak stress”

“Dia baru start ‘kasih’ tu aku dah gelak dah”-kata mereka

 

 

Apa-apa pun, itu hanyalah hiburan Azad bersama isterinya agar hubungan menjadi lebih rapat. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Editor : Sheeba

Sumber: Titok

 

 

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*