Nafi Hubungan Dingin Dengan Fazley Yaakob, Imran Ajmain Pulang Ke Singapura Untuk Tanggungjawab Baru

Semua sedia maklum bahawa Imran Ajmain merupakan sahabat baik dan rakan perniagaan bersama kepada Datuk Fazley Yaakob.

Membuat Keputusan Untuk Pulang Ke Singapura

 

Terbaru, Imran Ajmain dikatakan telah membuat keputusan untuk pulang ke Singapura dan sekaligus melepaskan perniagaan bersama Fazley.

Menurut BH Online, kepulangan Imran ke Singapura bukan disebabkan kekeruhan hubungan penyanyi tersebut dan sahabat baiknya, Datuk Fazley.

Sebaliknya, Imran melepaskan perniagaan bersama Fazley berikutan tanggungjawab baru yang dipikul sebagai Pengarah Hal Ehwal Melayu bersama badan pengutip dan hak cipta atau COMPASS di Singapura.

Tanggungjawab Baru Yang Perlu Digalas

Selain itu, juga menganggap satu peluang baginya apabila kini dapat menjaga ibunya yang tinggal sendirian di Singapura.

Saya sudah melepaskan jawatan sebagai rakan kongsi Fazley, tetapi ia dilakukan secara baik.

Saya pulang ke Singapura bukan sebab hubungan dingin, cuma saya tak dapat lagi berkorban dan luangkan masa dengannya setiap hari.

Imran berkata, dia juga dapat memberi fokus kepada penerbitan album memandangkan jadualnya tidak lagi sibuk selepas melepaskan perniagaan bersama Fazley.

Muncul Dengan Single Terbaru

 

Malah dia baru sahaja muncul muncul dengan single berjudul Padam Dan Pergi selepas lima tahun tiada karya baharu.

Menurut BH Online, Imran turut menjelaskan bahawa dia seronok kerana dapat meluangkan masa bersama ibunda tercinta.

Pada masa sama, Imran sangat teruja apabila COMPASS memberi kepercayaan kepadanya untuk menerajui Bahagian Hal Ehwal Melayu.

Untuk pengetahuan, Imran bakal menghiburkan peminat menerusi persembahan Malam Seribu Tahun di Singapura pada 12 Januari depan, selain Platform Menara Ken Taman Tun Dr Ismail TTDI pada 3 Februari.

 

Apa Kata Anda dah Baca jangan lupa komen facebook dan shared !

 

Sumber : tiktok

Editor : by sheeba

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*