Jumaat semalam, pelakon dan penyanyi, Alif Satar terbabit dalam kemalangan di Hartamas, berdekatan Istana Negara.
Baru Pulang Dari Solat Jumaat
Kejadian berlaku ketika Alif yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari solat Jumaat ke rumah keluarganya yang berdekatan disana.
Berita kemalangan Alif membabitkan motosikal ditunggangnya dengan sebuah kereta turut dikongsikan oleh pelakon dan usahawan, Wak Doyok di akaun X miliknya.
Tiada Yang Serius
Terbaru, Alif Satar dilaporkan stabil dan ada memuat naik satu perkongsian di akaun Instagram miliknya memberitahu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.
Alhamdulillah, Allah uji sikit saja. Terima kasih semua yang mendoakan kesejahteraan. Moga Allah SWT makbulkan dan permudahkan urusan kalian juga.
Sudah check up dengan doktor di KPJ Tawakal semalam dan all is clear. Tak ada yang patah, masa jatuh kepala sakit dan pening
Alif juga menyatakan bahawa dia sudah melakukan pemeriksaan di KPJ Tawakal dan tiada yang serius terjadi padanya.
Turut Mengajak Subuh Berjemaah
Alif juga turut berkongsi kebimbangan jika terdapat perkara serius daripada kemalangan tersebut dan turut bersyukur kerana hanya sakit badan sahaja.
Takut juga ada yang serius tapi doktor beritahu tak ada symptoms concussions. Syukur cuma badan sakit-sakit (moga penghapus dosa).
Terima kasih sekali lagi semua yang call dan mesej bertanya khabar. Saya cuba untuk membalas semua.
Meskipun dalam keadaan masih sakit-sakit, Alif sempat mengajak semua supaya dapat solat Subuh berjemaah di Masjid Saidina Umar Bukit Damansara pada 1 Januari nanti.
Apa Kata Anda dah Baca jangan lupa komen facebook dan shared !
Sumber : tiktok
Editor : by sheeba
Leave a Reply