[VIDEO] Nyanyian Terakhir Khai Bahar Bersama Arwah Ibunya Cetus Perhatian-“Rakaman Paling Bermakna”

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi kacak kelahiran Perlis ini, Muhammad Khairul bin Baharuddin atau lebih dikenali sebagai Khai Bahar. Selain menyanyi, Khai Bahar juga seorang pelakon dan mempunyai kelab peminat berskala besar di Malaysia dan Indonesia.

Memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila sering melakukan cover lagu-lagu Malaysia dan Indonesia di laman media sosial miliknya. Khai Bahar juga dikenali sebagai ‘King of Smule’ apabila sering meluangkan masanya di aplikasi nyanyian tersebut.

pada 2 Januari yang lalu, ibu Khai Bahar iaitu Allahyarhamah Rosnah Muhammad disahkan meninggal dunia di Perlis akibat dari komplikasi buah pinggang pada usia 62 tahun.

“Rindu Yang Tiada Penghujung”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @khaibahar0 yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan mendapat jumlah tontonan sebanyak 500 ribu, tanda suka sebanyak 28 ribu dan sebanyak 1044 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Khaiu Bahar bersama adik perempuannya dan arwah ibunya menyanyikan lagu kegemaran ibunya itu yang bertajuk ‘Setanggi Syurga’ dari INTEAM dan Khai Bahar.

 

https://www.tiktok.com/@khaibahar0/video/7319752152585473282

 

Rata-rata ramai yang sebak atas kehilangan ibu tercinta Khai Bahar itu. Mereka juga mengatakan bahawa video rakaman tersebut merupakan perkara yang paling bermakna kerana menjadi tatapan untuk kenangan yang dibina bersama ibunya itu.

“Sedapnya suara arwah mak, hanya tinggal kenangan”

“Gambar dan video adalah salah satu poket memori menyimpan kenangan bersama orang yang kita sayang”

“Sedih tengok video bersama insan2 yang kita sayang dah pergi ke alam abadi.”-kata mereka

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa-apa pun, sama-sama kita doakan buat ibu khai Bahar, Allahyarhamah Rosnah Muhammad agar ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga Khai Bahar kuat dan tabah menghadapinya.

Buat kita semua, hargai dan bahagiakanlah insan tersayang yang masih bersama dengan kita. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*