Penyanyi popular Shila Amzah baru-baru ini telah memuat naik sebuah video yang menjelaskan punca sebenar benjolan yang ada pada dahi anaknya, Seth Uwais yang berumur 5 tahun itu.
Anak lasak
Jelasnya, benjolan tersebut ada kerana sikap anak lelakinya yang lasak di sekolah hingga ada kesan lebam dan benjol disebabkan bermain bersama budak lelaki yang lain.
Nanti nampak dalam video Seth ada benjol dekat dahi bukan fasal Mama dan Papa tak reti jaga. Dia budak lelaki, terhantuk, lebam dekat tangan. Fight-fight dengan budak.
Yang penting aktif dan gembira
Kata Shila juga untuk mengelakkan sebarang spekulasi, dirinya minta untuk jangan menuduhnya dan suami yang bukan-bukan. Yang penting, anak lelakinya itu sihat dan gembira.
Jadinya, untuk yang berkenaan, jangan nak cakap Sha dengan Ubai tak pandai jaga anak pulak okay. Biasalah anak lelaki lasak.
Yang penting dia aktif dan sihat. See, he is happy.
Sebagai info, Shila pernah bernikah dengan bekas suaminya namun bercerai pada April 2018 dan dikurniakan seorang anak lelaki sebelum berkahwin buat kali kedua bersama Ubai pada Ogos tahun lalu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : tiktok
Leave a Reply