Rupa-Rupanya View Chin & Mira Dah Berkahwin, Dah Pergi ‘Honeymoon’? – “Saya Akan Sayang Mira Ketat Ketat”

Hubungan pempengaruh dan usahawan yang tular tahun lalu, View Chin bersama pekerjanya, Amirah Aqilah menjadi tanda tanya selepas desas desus mengatakan mereka sudah bernikah.

Malah, hantaran View Chin sebelum ini turut mengundang tanda tanya sama ada dia sudah memeluk Islam dan mengahwini cinta hatinya itu.

Nak pergi honeymoon dekat China ke tu?

Terbaru, video di TikTok yang mempamerkan mereka berdua mencuri perhatian warganet selepas ada yang mendakwa mereka mahu terbang ke China untuk berbulan madu.

Video tersebut diambil daripada live View Chin ketika berada di lapangan terbang bersama Mira di sebelahnya dan mereka berdua dilihat berpakaian sedondon serba hitam.

Terdapat beberapa individu yang meneka bahawa pasangan itu mahu berbulan madu namun View Chin menyangkal dakwaan mereka dan memaklumkan mereka ke China atas urusan kerja.

Dah kahwin, honeymoon lepas raya

Pada masa yang sama, View Chin dilihat menjawab soalan-soalan dan memberi respon terhadap komen warganet ketika sesi live tersebut.

Meskipun begitu, View Chin tidak mengiyakan bahawa mereka sudah berkahwin namun tidak juga menidakkan perkara tersebut.

Dalam pada itu, seorang individu memberi komen mengatakan bahawa mereka sudah berkahwin dan View Chin sendiri bertindak ‘pinned’ kenyataan tersebut ketika live itu.

Dah kahwin, honeymoon lepas raya. Sekarang nak pergi China hal kerja. Done jawab.

@yuyuenlee

#viewchin #miraviewchin #fyp #fypシ #berandatiktok

♬ Remix my humps – Amanda Araújo

Tahun lalu, Mira dan View Chin teruk dikecam selepas bekas isteri usahawan itu, Ah Moi mendedahkan bahawa mereka mempunyai hubungan lebih daripada sekadar bos dan pekerja.

Sehingga kini, tiada pengesahan daripada tuan empunya badan sendiri sama ada mereka berdua sudah mendirikan rumah tangga atau tidak.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*