Impian Mahu Sambut Hari Lahir Di Tanah Haram Tertunai, TokTi ‘Lepas Rindu’ Di Tanah Penuh Barakah

Tanah Suci Makkah dan Madinah begitu dekat di hati umat Islam. Bahkan bagi mereka yang sudah pernah merasai nikmatnya pergi ke Makkah dan Madinah semasa mengerjakan ibadat umrah pasti mahu mengunjunginya lagi.

Rasa rindu kepada tanah penuh barakah itu tidak pernah terpadam dalam hati umat Islam. Malah, kota Makkah juga dikatakan bandar yang tidak pernah ‘tidur’.

Sempana ulangtahun kelahiran yang bakal disambut 11 Januari ini, Datuk Sri Siti Nurhaliza menyambutnya dengan cara yang istimewa kali ini iaitu terbang ke Tanah Suci Makkah.

Tokti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Taruddin yang berangkat untuk mengerjakan ibadah umrah semalam, sememangnya berhasrat untuk meraikan hari jadi tahun ini di Tanah Suci Mekah.

“Alhamdulillah, saya pasti siapa sahaja yang pernah pergi (Tanah Suci), mesti akan merinduinya. Ada satu perasaan rindu yang memanggil-manggil.

“Saya tidak buat persediaan awal, cuma saya fikir, ada masa yang cukup, terus saya buat keputusan untuk ke sana. Saya kata, impian tahun ini nak sambut hari lahir di Tanah Haram (Mekah dan Madinah).

“Saya minta izin suami (Datuk K) dan dia kata okey. Jadi saya bawa sekali kedua-dua anak saya (Aafiyah dan Afwa), ibu kandung dan ibu mentua saya ke sana,” katanya.

Tambah penyanyi kelahiran 11 Januari 1979 itu lagi, kebetulan hari lahir ibunya (Salmah) baru sahaja berlalu pada 31 Disember namun tidak sempat diraikan. Jadi, umrah kali ini juga sebagai hadiah untuk ibu tersayang.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*