[VIDEO] Gelagat Bilal Sambung Baca Al-Fatihah Curi Perhatian Netizen!-“Comey Dooh..”

Pelakon dan usahawan terkenal, Noor Neelofa menarik perhatian peminat apabila berkongsi video gandingannya bersama suami yang juga pelakon Haris Ismail serta putera sulung mereka, Bilal menerusi sebuah iklan di Instagram miliknya.

Promosikan Produk Makanan

Apa yang lebih mencuri perhatian adalah gelagat Bilal yang menyambung bacaan surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh ibunya sebelum makan.

“Ini lah drama Arab yang tak dikeluarkan di Malaysia! 😅.”-kapsyen Neelofa di Instagram

“Ada Pelakon Cilik Gebu Gebas..”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat Neelofa sekeluarga bertutur dalam bahasa Arab ketika mempromosikan produk makanan, malah ramai yang  ‘geram’ dengan gelagat Bilal yang menyertai ummi-nya membaca ayat suci Al-Quran.

“Comey Bilal.”

“Comey laa..Hariz ni memang jenis kelakar ek? Sebab kebanyakan video iklan dia mesti kelakar-kelakar.”

“MasyaAllah! Sister sudah cakap Arab lah.”

“Laju Lofa bercakap. hihihi. Comelnya si gebu gebas tuuu sambung-sambung ummi dia baca.”

“Bilal comelnya Clever boy.

“Hahaha baru tengok sampai habis. Bilal omeyy.”

“Wahh bestnya drama ni. Ada pelakon cilik yang gebu gebas ni. Next episode please.”

“Comey dooh Bilal.”

video:

Sekadar info, Neelofa dan Haris Ismail mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:murai.my