Ahli perniagaan sensasi, Datuk Seri Adnan Abu mengakui menerima banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang mahu memberikannya tempat tinggal.
Bagaimanapun, usahawan yang lebih mesra disapa Datuk Red itu terpaksa menolak tawaran tersebut kerana lebih selesa tinggal di dalam kereta miliknya, buat masa ini.
Malah Datuk Red juga sudah mampu menyewa rumah atau bilik namun usahawan itu mahu membiasakan diri dengan status duda selepas menceraikan kedua-dua isteri.
“Banyak DM (pesanan secara terus) yang saya terima mahu tumpangkan rumah dan tempat tinggal. Tetapi, saya terpaksa tolak. Terima kasih banyak-banyak. Bukan tak mahu.
“Tetapi saya malas nak susahkan orang. Alhamdulillah, saya berkemampuan untuk sewa rumah atau bilik cuma nak biasakan dan mengajar diri untuk selesa tinggal di dalam kereta.
“Saya cuma mahu biasakan diri, perkara ini (penceraian) baru berlaku. Inilah proses pembelajaran buat saya. Saya selesa tinggal dalam kereta,” kata usahawan berusia 46 tahun itu.
Perkara tersebut diakui oleh Datuk Red menerusi sesi siaran langsung di TikTok yang sempat dirakam oleh pengguna lain sebelum dikongsikan semula di platform sama.
Siaran langsung tersebut turut dilakukan oleh Datuk Red dalam kenderaan miliknya yang memberi makna bahawa usahawan berkenaan belum memiliki tempat tinggal.
Terdahulu, Datuk Red pernah memberitahu bahawa dirinya sudah menyewa sebuah bilik yang akan dijadikannya sebagai ruang untuk kembali memulakan perniagaan.
Namun bilik tersebut kini berada di dalam proses pengubahsuaian lalu menyebabkan Datuk Red terpaksa membuat pilihan untuk tinggal dan tidur di dalam kereta sahaja.
Tidak memiliki sebarang masalah berhubung perkara tersebut, personaliti sensasi itu berharap orang ramai tidak bimbang atau simpati dengan kehidupannya ketika ini.
“Tiada masalah dan saya selesa tinggal dalam kereta. Alhamdulillah, masih diberi kesihatan yang baik. Saya selesa begini. Jangan risau dan tak usah risaukan saya. Terima kasih semua.” Pintanya.
Terdahulu, Datuk Red sah bercerai talak satu dengan isteri keduanya iaitu penyanyi, Adira Suhaimi pada 24 April yang lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.
Usahawan yang kini muflis itu turut menceraikan isteri pertama, Sharifah Norshafila Hashim di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 14 Mei lalu
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:tiktok
Leave a Reply