[VIDEO] Gelagat Tengku Ismail Angkat Kening Buatkan Ramai Jatuh Hati!-“Aku Dah Angau Ni”

Tengku Muhammad Ismail Mu’adzam Shah diputerakan pada 11 September 2000 dengan gelaran Tengku Panglima Muda Pahang. Beliau merupakan putera kepada Sultan Pahang iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Beliau merupakan ketiga dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang. Tengku Ahmad Ismail mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan ST THOMAS, Kuantan Pahang sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara di Caldicott Preparatory Schoo; Farnham Royal, United Kingdom.

Baginda kemudian melanjutkan pelajaran ke Haileybury School & Epsom College dan kemudian melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi di Royal Holloway, University of London.

“Rasa-Rasa Tengku Tahu Tak Yang Dia Hensem?”-Netizen

Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @mybe_leouna yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 287 ribu, tanda suka sebanyak 37 ribu dan sebanyak 285 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tengku Ismail yang menghadiri suatu majlis, kemudian beliau sempat memandang kamera yang merakamnya lalu mengangkat kedua-dua belah keningnya sebagai sapaan.

 

https://www.tiktok.com/@mybe_leouna/video/7347722986880814344?is_from_webapp=1&sender_device=pc

 

 

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka telah jatuh hati selepas melihat Tengku Ismail mengangkat keningnya itu.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*