“Puas Tengok Hadiah Dia..” – Kieda Crepe Murah Hati Hadiahkan Cikgu Anak Kipas Dan ‘Air Fryer’ Sempena Hari Guru

Baru-baru ini usahawan sensasi dikenali sebagai Kieda Crepe telah meraih perhatian netizen apabila menghadiahkan guru-guru yang mengajar anaknya di sekolah rendah dan tadika kipas serta air fryer sempena Hari Guru.

Hadiah untuk para guru

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok, pada awalnya Kieda keliru mahu menghadiahkan apa kepada guru anaknya memandangkan ia disediakan pada saat akhir kerana sekolah anaknya baru sahaja berpeluang untuk meraikan sambutan tersebut pada hari berkenaan.

Hari Selasa sekolah Akif ada buat sambutan Hari Guru, jadi kita tak sempat nak beli hadiah, kita beli kipas untuk mereka. Tak tahu nak beli hadiah apa.

 

Jadi ini semua hadiah untuk Hari Guru. Kat dalam ni hadiah untuk cikgu sekolah rendah dengan cikgu tadika, yang ini (air fryer) untuk ustaz yang ajar mengaji dan cikgu tuisyen anak-anak.

 

Dapat pujian daripada netizen

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen hantaran yang sama, rata-rata memberi pujian kepada usahawan ini yang rela berkongsi rezeki bersama para pengajar anak-anaknya di samping menghargai jasa mereka.

Bagus Kieda menghargai guru-guru anak dia. Semoga beroleh keberkatan.

 

Alhamdulillah rezeki anak-anak dapat beri hadiah pada cikgu.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*