[VIDEO] Syafiq Kyle Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Punya Feel Tu Hebat”

Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Syafiq Kyle, merupakan seorang pelakon hebat di Malaysia. Syafiq sering mendapat watak utama dalam drama dan filem-filem tempatan. Beliau merupakan naib juara Hero Remaja 2011/12 dan mula dikenali menerusi drama bersiri Tanah Kubur.

Pada Januari yang lalu, Syafiq telah selamat mengikat tali pertunangan bersama pelakon wanita Malaysia iaitu Mimi Lana dan dikhabarkan akan melangsungkan perkahwinan selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Namun pada November yang Lalu, dikatakan perkahwinan mereka dibatalkan serta kedua-duanya tidak memberikan sebarang kenyataan mengapa iainya dibatalkan.

“Tak Sangka Sedap Juga Dia Menyanyi”-Netizen

Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @alexiafash yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 103 ribu, tanda suka sebanyak 7,291 dan sebanyak 59 komen

 

Di dalam video berkenaan, memaparkan Syafiq Kyle yang sedang menyanyi semasa zamannya menyertai pertandingan Hero Remaja dahulu.

 

 

 

Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa tidak menyangka Syafiq Kyle boleh menyanyi walaupun nyanyiannya tidak sehebat penyanyi sebenar. Tambah mereka lagi, mereka meminati Syafiq Kyle kerana bukan sahaja mengenai paras rupanya, akan tetapi bakat lakonannya yang sangat memukau.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:tiktok

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*