Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tampil meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuannya, Marissa Dania Hakim menerusi satu hantaran di Instagram hari ini.
Abby Abadi ‘seru’ anak perempuan
Dalam hantaran tersebut, Abby memuat naik video anaknya itu mempromosikan satu produk dengan kapsyen berbaur rindu.
Adik sayang, buat apa tu? Adik okay tak tu?
Kenapa mama mesej tak balas? Mama nak ajak makan, nak masak spaghetti untuk adik ni. Bila nak balik?
Sebelum ini, Marissa dilaporkan telah bernikah dengan suaminya kini, Aslam di Songkhla, Thailand di luar pengetahuan keluarganya dan juga isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan.
Perkara itu kemudiannya menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen dan juga peminat Abby dan bekas suami, Norman Hakim berikuta anak perempuannya itu dilabel ‘penyondol’ rumah tangga orang gara-gara hal itu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:Instagram
Leave a Reply