Pelakon Bella Astillah baru-baru ini meluahkan perasaannya yang penuh dengan kekecewaan dan ketabahan setelah perceraian keduanya dengan penyanyi Aliff Aziz.
Perceraian ini, yang berlaku di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, menjadi detik pilu dalam hidup Bella, terutama sekali apabila ia melibatkan bekas sahabatnya, Ruhainies, yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.
Dalam luahan emosi yang dibuat di akaun Instagram miliknya, Bella tidak teragak-agak untuk menyampaikan ucapan yang penuh dengan makna kepada Ruhainies.
Assalammualaikum, bismillahirahmannirahhim..
dan berakhirlah kisah kami.
Saya selalu percaya bahawa peluang mampu mengubah seseorang tetapi hanya jika digunakan dengan baik. Dan kesalahan yang dibuat berulang-ulang bukan lah satu kesilapan akan tetapi pilihan. Saya selalu mengimpikan rumahtangga yang kekal tetapi bila difikirkan balik, seberapa banyak peluang yang saya berikan tapi pada akhirnya saya tidak mampu melawan takdir. Sudah cukup memperjuangkan hubungan ini tapi perjuangan ini sia sia kerana saya seorang sahaja yang berjuang. Doa saya agar kehidupan baru saya bersama anak-anak dipermudahkan dan saya akan cuba sebaik mungkin menjadi ibu dan bapa yang terbaik untuk mereka. Tiada penyesalan, saya terima ini adalah ujian dan pengalaman hidup. Terima kasih buat keluarga, sahabat, rakan rakan industri, media dan semua followers yang mendoakan kami semua.
Semoga segala doa yang baik baik berbalik kepada anda semua.
Selepas hari ini, saya tidak lagi
ingin mencintai seseorang terlalu dalam,
kerana jika berpisah,
lukanya pun pasti terlalu dalam.
Dan buat kali terakhir saya ingin mengucapkan tahniah kepada bekas sahabat saya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid ini dan anak-anak saya kehilangan bapa mereka.
Jalan terus, Dayang Ara Nabellah Binti Awang Astillah✨
Asa juga di kalangan artis yang memberikan kata-kata semangat kepada beliau di ruangan komen serta komen netizen.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Writting : Editor Sheeba
Sumber:tiktok
Leave a Reply