“Bos Pergi Sana Sini Pakai Tayang Barang Mahal Banyak Pula Duit!” – Anak Didie Alias Mengamuk, Syarikat Milik Artis Popular Tak Bayar Hutang?

Sebelum ini, satu syarikat stesen televisyen milik seorang selebriti popular menjadi bualan ramai selepas ada bekas staf meluahkan rasa tidak puas hati kerana didakwa gajinya tidak dibayar.

Stesen televisyen milik artis popular tak bayar hutang?

Terbaru, anak perempuan Didie Alias yang bernama Diyana meluahkan rasa geram di Instagram Storynya selepas syarikat stesen televisyen yang sama culas membayar hutang sebanyak RM8000.

Kata gadis itu, hutang tersebut sudah dituntut sejak tahun lalu tetapi stesen TV tersebut seperti mendiamkan diri saja.

Boleh tayang barang mewah, jalan luar negara

Dalam pada masa yang sama, Diyana turut mengungkit bahawa bos stesen televisyen tersebut yang juga merupakan pengacara popular boleh berjalan ke merata tempat dan tayang barangan mahal di Instagram tetapi tidak membayar hutang ibunya

Bahkan, apabila dia menghantar mesej di WhatsApp, pihak stesen televisyen terbabit tidak membalas dan disebabkan itu, dia membuat pendedahan di Instagram Storynya.

Selain itu, dia turut mendedahkan mesejnya bersama pihak stesen televisyen tersebut dengan menggesa untuk membayar hutang itu tetapi pihak mereka berkata kini syarikat tidak mempunyai wang untuk bayar.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*