“Penat Fikir Kes Zayn, Rehat Sekejap Dengan Shaker Fries..” – Promosi Guna Kes Zayn Rayyan, Teruk Bisnes ‘Fries’ Ini Dikecam

Melalui platform X, baru-baru ini, satu perniagaan kentang goreng telah terima kecaman yang hebat daripada kalangan warganet selepas mempromosikan perniagaan menggunakan nama kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Guna kes Zayn promosi perniagaan fries

Difahamkan, pada awalnya hantaran tersebut pada awalnya menyebut tentang pembunuhan Zayn yang hingga ke hari ini masih belum selesai dan menjadi bualan ramai.

 

Selepas itu, hantaran terbabit menyatakan jika sudah penat memikirkan tentang kes Zayn Rayyan, pihak mereka mengajak orang ramai ‘berehat’ dengan menikmati fries yang dijual sementara memikirkan tentang kes ini.

Namun begitu, barangkali sedar dengan kecaman yang diterima, video tersebut telah pun dipadam dari laman media sosialnya.

‘Tak ada common sense!’

Rata-rata netizen yang melihat video itu, mengutuk tindakan peniaga terbabit kerana ‘menunggang’ kes Zayn Rayyan demi mempromosikan penjualan makanannya.

Dalam pada masa yang sama, peniaga tersebut turut dikatakan tidak sensitif dengan situasi yang sudah berlaku serta mengambil ringan tentang kes Zayn yang sehingga hari ini masih dalam siasatan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:tAplikasi X

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*