Ibu kepada pelakon sensasi Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil dilaporkan membuat ‘kemunculan semula’ apabila dia ada mengemaskini Instagram yang sebelum ini dinyahaktif.
Ibu Aliff Aziz kemaskini Instagram
Dalam hantaran itu, Hafiza dilihat memanjatkan rasa syukur atas segala urusan yang dipermudahkan Ilahi dan mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua pihak.
Alhamdulillahirobbialamin di hari Khamis yang penuh baraqah ini kami mengucapk syukur Allah permudahkan semua urusan dan memberi ketenangan pada kami sekeluarga.
Yang baik itu semuanya dari Allah dan sebaliknya adalah khilaf dari kami yang daif dan tidak sempurna.
Panjat rasa syukur
Hafiza juga ada menulis tentang ketenangan hati dan dia juga menzahirkan harapan untuk menjadi insan yang lebih baik selain terus istiqamah.
Hati yang tenang itu sangat mahal harganya dan hanya Allah yang dapat memberikan kita ketenangan.
Sebagai insan wajib belajar dari segala kekhilafan dan mohon Allah kekalkan semoga kita terus istiqomah untuk menjadi insan yang lebih baik.
Semalam, media hiburan digemparkan dengan berita perceraian antara Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah dengan lafaz talak satu.
Sebelum ini, Bella telah memfailkan perceraian secara ekspres terhadap Aliff susulan kejadian tangkap khalwat di antara aktor itu bersama pelakon Ruhainies.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:Instagram
Leave a Reply