“Apa Yang Kita Lihat Ialah Perspektif, Bukan Kebenaran..” – Tampil Promosi Drama Bersama Aliff Aziz, Ruhainies Pesan Jangan Mudah Percaya

Walaupun sering menerima kecaman daripada netizen, pelakon sensasi Ruhainies tetap memberanikan diri mempromosikan drama terbarunya bersama aktor Aliff Aziz baru-baru ini.

Jalan cerita seakan-akan

Kata Ruhainies, drama bersiri bertajuk Terjerat yang bakal ditayangkan 26 Jun nanti itu seolah-olah sama dengan situasi yang dialaminya baru-baru ini.

Sebuah naskhah berat dan penuh emosi yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Sebuah penceritaan yang pada saya membawa maksud sangat dalam dan tidak pasti suratan atau kebetulan, jalan ceritanya seakan-akan menggambarkan apa yang telah berlaku baru-baru ini.

 

Jangan terlalu percaya

Tambah akres itu lagi, dia turut berpesan pada orang ramai untuk tidak terlalu cepat percaya dan menilai seseorang kerana tidak semua yang kita lihat itu benar.

Kesimpulannya, jangan terlalu percayakan sesiapa dan usah mudah cepat menilai. Hidup ini penuh dengan plot twist. Bukan semua yang dipaparkan adalah benar. Hanya Allah SWT yang mengetahui.

Semua yang kita dengar ialah pandangan, bukan fakta. Apa yang kita lihat ialah perspektif, bukannya kebenaran.

 

 

Terdahulu, orang ramai digemparkan dengan berita Aliff dan Ruhainies ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium mewah pada 8 Mac lalu.

Susulan kejadian tersebut, Aliff dan isterinya, Bella Astillah disahkan bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*