[VIDEO] Gelagat Tengku Hassanal Berjalan Sambil Pimpin Tangan Tunku Azizah Raih Perhatian Ramai!

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah diputerakan pada 17 September 1995 dengan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang dengan gelaran Tengku Mahkota dan pemangku raja Pahang. Baginda adalah anakanda kedua Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

 

Tengku Hassanal memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2002 hingga 2007, sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah ST THOMAS, Kuantan pada 2008 hingga 2012.

Baginda juga melanjutkan pelajaran ke Universiti of Notthingam. Pada May 2018, Tengku Hassanal tamat pengajian dari Geneva School Of Diplomacy and Relations Switzerland dengan Ijazah dalam hubungan Antarabangsa. Kemudian baginda melanjutkan pelajaran di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom.

 

“Suka Tengok Kalau Tengku Hassanal Jalan Mesti Pimpin Tangan Bonda”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @wwwinnnnnnn yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 68 ribu, tanda suka sebanyak 4,557 dan sebanyak 37 komen.

 

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tengku Hassanal yang berada disuatu tempat sambil berjalan dan memimpin tangan bondanya itu Tunku Azizah.

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa tidak kira di mana sekalipun, Tengku Hassanal pasti akan memimpin tangan bondanya itu.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*