“Doakan Yang Terbaik Buat Kami..” – Baim Wong & Isteri Didakwa Tinggal Berasingan, Rumah Tangga Sedang Goyah

Baru-baru ini, rumah tangga pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong serta isterinya, Paula Verhoeven dikhabarkan sedang bergolak.

Tidak tinggal serumah

Spekulasi tersebut muncul setelah diketahui mereka tidak lagi tinggal sebumbung. Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, terlihat Baim menghantar dua orang anaknya pulang ke rumah isteri.

 

Tak lama kemudian, aktor itu pula dilihat keluar semula dari rumah tersebit untuk pulang ke kediamannya.

Namun begitu, Baim enggan memberi sebarang kenyataan berkenaan dakwaan tersebut dan meminta untuk orang ramai mendoakan rumah tangganya.

 

Buat wartawan saya tak boleh beri kenyataan buat masa ini. Tapi doakan yang terbaik untuk kami.

 

Terdahulu, Baim dan isteri dilihat jarang meluangkan masa bersama sekali gus menimbulkan spekulasi berkenaan.

Untuk rekod, Baim berkahwin dengan Paula Verhoeven pada 2018 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Kiano, 3 dan Kenzo yang berusia, 2 tahun.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*