“Saya Tak Buat Kerja Macam Tu..” – Dapat ‘Offer’ RM15K Untuk Teman Datuk, Puteri Sarah Hampir Ditipu ‘Scammer’

Baru-baru ini, aktres popular Puteri Sarah Liyana mendedahkan dirinya hampir sahaja menjadi mangsa penipuan scammer yang menyamar menjadi pelakon Nadia Brian.

Tawaran jadi escort girl

Kata Sarah, individu tersebut telah menawarnya menjadi escort girl kepada seorang Datuk dan akan mendapat bayaran sebanyak RM15,000. Berasa tidak sedap hati, Sarah terus menghubungi Nadia bagi bertanya langsung.

Saya dapat mesej daripada ‘Nadia’ ketika berada di set penggambaran. Cara individu tu bercakap memang sama macam Nadia, saya hampir terpedaya.

Dia ajak saya teman seorang lelaki minum kopi dikenali sebagai Datuk Shahrul dari Johor Bahru dengan bayaran RM15,000.

Bukan jenis nak teman orang

Selepas mendapat kepastian daripada Nadia sendiri, Sarah kemudiannya memberitahu individu tersebut dirinya tidak berminat dan bukan jenis orang yang menerima kerja sebegitu.

Saya terus cakap dekat dia yang saya tak buat ‘kerja’ macam itu. Mentang-mentang saya janda, dia nak kenakan saya!

Lepas penggambaran saya memang akan jumpa anak-anak. Saya bukan jenis yang nak teman sesiapa keluar minum.

Tak menunggu lama, pelakon ini turut membuat laporan polis memandang dirinya sedang membuat penggambaran di balai polis.

Memandangkan set penggambaran saya di balai polis, jadi saya pun terus minta bantuan petugas di situ untuk buat pengesahan dan buat laporan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:Instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*