Wanita yang maut dibunuh oleh suaminya di sebuah bilik hotel di Batu Gajah, Perak iaitu Nisya Syahkila Shaharun telah beberapa kali menerima ugutan jenayah termasuklah bunuh oleh suspek.
Kerap dipukul dan diugut suami
Hal itu didedahkan oleh abang mangsa, Syahiran Shaharun yang berkata adiknya dan suspek berkahwin pada tahun 2022 dan menetap di Kedah.
Katanya, adiknya pernah mengadu kepada keluarga bahawa dia kerap dipukul dan diugut suami setahun yang lalu sehingga akhirnya bapa mereka membawa Nisya dan anak lelakinya berusia sembilan tahun (hasil perkahwinan pertama) pulang ke pangkuan keluarga.
Tambah Syahiran, adiknya itu kini dalam proses perceraian selepas lebih setahun digantung tidak bertali oleh suaminya namun lelaki tersebut berkali-kali tidak hadir ke mahkamah.
Sepanjang tempoh di Perak, arwah sudah beberapa kali membuat laporan polis kerana menerima ugutan menerusi panggilan telefon dan mesej suara secara berterusan. Mei lalu, suspek pernah ditahan reman selama dua hari sebelum dibebaskan.
Sepatutnya hari tu ke mahkamah
Pada hari kejadian, mangsa dan suspek sepatutnya hadir ke mahkamah syariah untuk prosiding permohonan tuntutan cerai secara fasakh.
Namun Nisya bertindak berani berjumpa dengan suspek di hotel kerana menyangka suaminya mahu selesaikan permasalahan secara baik.
Ujar Syahiran, ibu mereka sudah melarang Nisya pergi ke hotel namun adiknya yakinkan bahawa semuanya akan baik-baik sahaja. Arwah juga sempat menghantar anak lelakinya itu ke sekolah menaiki motosikal sebelum berjumpa suami di hotel.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:Instagram
Leave a Reply