Pelakon Shah Iskandar luah rasa syukur kerana dia layak untuk memohon status penduduk tetap atau permanent resident pada tahun depan.
Menurut Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, dia sudah membina kerjaya di Malaysia selama 10 tahun dan memohon dia agar urusannya itu dipermudahkan.
Shah Iskandar sudah 10 tahun di Malaysia
“Tahun depan saya boleh memohon status penduduk tetap. Doakan untuk saya sebab saya di sini pun dah 10 tahun,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas pelancaran drama bersiri ‘Polis Peronda’.
Dalam pada itu, pelakon berusia 42 tahun itu turut berkongsi buat masa sekarang dia menggunakan pas penduduk atau ‘resident pas’ yang membolehkan dia memasuki Malaysia setiap lima tahun.
“Sekarang saya pemegang resident pas, dengan pas ni saya boleh keluar masuk Singapura Malaysia setiap lima tahun. Selepas 10 tahun, kita boleh mohon permanent resident,” ujarnya.
Sementara itu, Shah juga berkata dia sudah berada di Malaysia untuk 15 hingga 16 tahun namun menggunakan resident pas selama 10 hingga 11 tahun.
Pada masa yang sama, Shah turut mendedahkan dia perlu menurunkan berat badan secara drastik bagi membintangi drama bersiri ‘Polis Peronda’.
Katanya, dia terpaksa melakukan diet mendadak atau crash diet sehinggakan dia mengalami muntah-muntah semasa penggambaran berlangsung.
“Masa awal-awal mula penggambaran, berat saya 92 kg. Tapi Datuk Yusof Aslam cakap saya kena turunkan berat badan sebab saya jadi watak utama dalam cerita ini.
“Saya mewakili Skop Production, saya juga mewakili Bukit Aman dan polis, jadi penampilan tu penting. Sebab itu, saya buat crash diet.
“Saya buat diet ini untuk seminggu sampai muntah-muntah. Memang diet, teruk punya diet. Makan saya hanya dada ayam dengan salad,” katanya.
Shah turut berkata dia melakukan diet tersebut lebih kurang tiga minggu hingga sebulan dan ternyata kaedah telah membantunya dengan efektif.
“Saya tahan dengan diet ini lebih kurang tiga minggu sampai sebula. Saya turutn dari 92kg kepada 82 kg dalam masa tiga minggu. Dan dalam drama ni saya banyak berlari, tu cabaran. Bila berlari itu yang saya muntah-muntah,” kongsinya.
Sekadar info, lima episod awal drama baru Polis Peronda akan mula bersiaran pada 28 Jun 2024, setiap Jumaat jam 10 malam di TV3.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:Instagram
Leave a Reply