“Banyak Post Fazura Takde Like Fattah, Fazura Lama Tak Komen IG Fattah” – Peminat

Tiada angin tiada ribut, perkongsian peminat pasangan selebriti terkenal, Fazura dan Fattah Amin di Threads menjadi perhatian ramai.

 

Menerusi perkongsian itu, individu tersebut mendakwa sudah lama tidak melihat Fattah dan Fazura bersama di media sosial dan baru-baru ini ada terbaca komen netizen yang bertanyakan tentang mereka.

Menurut peminat itu, dia ada meninjau perkongsian Fazura di Instagram dan mengatakan tidak ada tanda like daripada Fattah.

Malah katanya lagi, Fazura juga sudah lama tidak meninggalkan komen di Instagram suaminya itu.

Sementara itu, individu tersebut berharap pasangan itu terus bersama kerana minat dengan Fazura dan Fattah.

Dalam pada itu, perkongsian itu mendapat reaksi daripada netizen yang mengatakan baru-baru ini Fazura ada memuat naik perkongsian mengenai anaknya dimana dia dan Fattah bersama-sama ke sekolah Fatimah.

Apa pun kita doakan yang baik- baik buat rumah tangga pasangan ini.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Rotikaya