Difahamkan, satu akaun di Instagram yang bernama @kaddigital.murah telah membuat aktres, Ruhainies kesal selepas menyebar fitnah yang tidak berasas.
Didakwa sudah bertunang dengan Aliff Aziz
Akaun tersebut seakan-akan mahu menimbulkan spekulasi selepas memuat naik kad digital majlis pertunangan Ruhainies dan Aliff Aziz yang didakwa bakal berlangsung pada Sabtu, minggu ini.
Sedar mengenai fitnah tersebut, Ruhainies tidak dapat mendiamkan diri lagi dan akan mengambil tindakan atas tuduhan tersebut kerana ia boleh mencalarkan namanya sekali lagi.
Enggan fitnah tentang dirinya berleluasa
Malah, pelakon tersebut turut meminta agar followers memaklumkan kepadanya jika jumpa mana-mana fitnah yang disebarkan agar dia boleh mengambil tindakan lanjut.
Dalam pada itu, Ruhainies juga memohon agar para pengikutnya untuk sengkat dan membuat report terhadap akaun berkenaan agar dakwaan tidak berasas itu tidak tersebar.
Sebelum ini, nama Ruhainies menjadi ‘panas’ selepas dirinya terkait dengan Aliff Aziz dalam isu tangkap khalwat di sebuah kondominium yang terletak di ibu negara.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:Instagram
Leave a Reply