Kelulusan Siti Nurhaliza di pertikai atas Alasan apa beliau di lantik cetus debat antara Netizen

Pelantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan oleh Universiti Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed) mengundang perdebatan ramai netizen di media sosial.

Menerusi aplikasi X, netizen ‘berbalah’ selepas seorang individu mempersoal tentang pelantikan Siti Nurhaliza sebagai pakar untuk tempoh dua tahun itu.

Atas dasar dan kelulusan apa beliau dilantik sebagai pakar di UM?” tanya seorang pengguna X.

Pelantikan itu menimbulkan perdebatan di mana ada yang mempersoal lantikan itu dan ada juga netizen yang berkata Siti mempunyai pengalaman selama puluhan tahun dalam bidang nyanyian jadi beliau layak dikira sebagai pakar di dalam bidang seni.

Dihentam balik

Bagaimanapun, seorang pengguna X tampil menyelar individu yang persoal lantikan tersebut kerana tidak memeriksa fakta dan memuat naik informasi yang tidak lengkap di media sosial.

Kataya, Siti Nurhaliza ditempatkan dalam bidang muzik kerana itu adalah kepakarannya dan dia turut mempersoal tindakan individu berkenaan membuat hantaran sebegitu menyebabkan Siti Nurhaliza dikritik.

 

 

 

Sementara itu, seorang individu di Facebook juga turut menegur netizen yang tidak memeriksa terlebih dahulu sebelum memberikan komen malah ada yang menyindir pihak UM kerana melantik Siti Nurhaliza.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:Aplikasi x

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*