Tak Mahu Kerja Dengan Berlainan Bangsa, Wanita Sanggup Tolak Gaji RM9K

Stereotaip bangsa dalam alam pekerjaan di Malaysia

Tak Mahu Kerja Dengan Berlainan Bangsa, Wanita Sanggup Tolak Gaji RM9K. Baru-baru ini, satu perkongsian di platform media sosial mengenai seorang wanita yang enggan bekerja dengan golongan berlainan bangsa telah menarik perhatian ramai.

Melalui platform X baru-baru ini, tular satu ciapan luahan hati seorang wanita yang enggan menerima jawatan di dalam satu syarikat atas alasan ramai pekerja berbangsa Cina.k

 

 

 

Tolak tawaran gaji RM9K

Kata wanita tersebut, dia telah menolak tawaran gaji sebanyak RM9000 kerana bimbang dipergunakan jika memasuki syarikat terbabit, memandangkan Melayu hanyalah minoriti. Saya bimbang akan menghadapi kesukaran. Tambahan pula, saya yang kini seorang ibu, mempunyai perasaan yang mudah tersentuh,” ujar beliau di laman X.

 

 

Baru lepas tolak offer company gaji 9k sebab dah tengok company penuh dengan type-c mati aku kena balun nanti.

Pelbagai reaksi daripada netizen

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen persoal sama ada latar belakang etnik rakan sekerja benar-benar memainkan peranan penting dalam pemilihan pekerjaan.

Difahamkan, dia menolak untuk melalui tempoh percubaan di tempat baru itu kerana melihat komuniti Cina terlalu banyak di syarikat terbabit.

Netizen terkejut, keputusan tak bijak

Ciapan tersebut telah menarik perhatian ramai, di mana rata-ratanya meluahkan rasa terkejut kerana wanita itu sanggup melepaskan tawaran gaji yang lumayan hanya kerana bangsa.

Bahkan, pengguna media sosial turut menyatakan keheranan terhadap keputusan wanita tersebut untuk melepaskan peluang pekerjaan semata-mata atas faktor bangsa. Mereka berpendapat bahawa beliau mungkin boleh memperoleh manfaat jika bekerja di syarikat tersebut.

Bahkan, netizen percaya jika wanita terbabit terima tawaran itu, dia boleh mendapatkan banyak manfaat jika bekerja di sana.

 

“Saya lebih bimbang bekerja dalam syarikat yang didominasi oleh etnik Melayu. Kami telah mengalami pengalaman negatif seperti sabotaj dan fitnah daripada golongan ini. Lebih baik bekerja di persekitaran yang didominasi oleh bangsa Cina. Kita dapat mempelajari cara mereka bekerjasama sebagai satu pasukan,” ujar lagi seorang pengguna internet.

“Bekerja dengan golongan bangsa Melayu mungkin lebih mencabar. Ia serupa dengan bekerja bersama etnik Cina, tetapi dengan risiko tambahan seperti gaji yang tidak dibayar, caruman EPF yang tidak dilaksanakan, SOCSO yang tidak dicarumkan, serta manipulasi menggunakan alasan agama,” tambah lagi seorang warganet.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:Aplikasi X

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*