“Belajar takat SPM, berlagak!” – Staf Honda kantoi kutuk bekas rakan sekerja

Perkongsian seorang lelaki di media sosial mengenai bekas rakan sekerja yang sengaja mengutuk dirinya ketika ‘live’ TikTok menjadi tular.

Lelaki dikutuk bekas pekerja di Live TikTok

Lelaki itu difahamkan hanya bekerja selama dua minggu gara-gara insiden tersebut.

Staf Honda kantoi kutuk bekas rakan sekerja

Menerusi satu perkongsian di X, @onlyyouperson yang juga merupakan bekas rakan sekerja wanita tersebut telah memuat naik video berkenaan.

Rakan sekerja mulut puaka. Allah maha kuasa tak sangka kebetulan tengah slide TikTok then termasuk live orang yang tengah kutuk aku. Aku jumpa dua ekor ni baru 2 minggu kerja tak berkenalan lagi dah kena kutuk dalam live.

Saya tak pernah tahu pun apa TikTok mereka ini. Dengan kuasa Allah, lalu live ini dekat FYP saya. Sedang elok tengah mengutuk, saya pun apa lagi rekodlah.

Kata kedua-dua wanita itu lagi, mereka memerlukan lelaki yang lebih kacak dan tampan sebagai jurujual kereta.

“Rakan sekerja mulut puaka. Allah maha kuasa, tak sangka kebetulan tengah slide TikTok termasuk siaran langsung orang yang tengah kutuk saya.
“Saya jumpa dua orang ni, baru dua minggu kerja lepastu tak berkenalan lagi dah kena kutuk dalam siaran langsung,” katanya pada ruangan kapsyen.

Sementara itu, video yang tular itu memaparkan dua orang wanita yang dipercayai sedang bekerja mempromosikan kereta menerusi siaran langsung.

Bagaimanapun, menerusi klip pendek itu, kedua-dua wanita tersebut sedang mengutuk bekas rakan sekerja mereka di dalam siaran langsung tersebut.

Menurut kedua-dua wanita tersebut, bekas rakan sekerja mereka itu sangat berlagak walaupun hanya melanjutkan pelajaran sehingga Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)

Staf Honda kantoi kutuk bekas rakan sekerja

Dalam live tersebut, kedua-dua wanita itu mendakwa lelaki berkenaan sebagai berlagak dan perasan bagus.

 

Menurut @onlyyouperson, dia tidak sengaja menemui siaran langsung bekas rakan sekerjanya itu di TikTok yang kebetulan sedang mengutuk dirinya bersama seorang lagi pekerja lain.

Lelaki berkenaan dikatakan ada berhadapan dengan kedua-dua wanita itu namun dicabar untuk menularkan video tersebut.

Netizen harap syarikat ambil tindakan

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, netizen tampil mengkritik sikap kedua-dua wanita itu yang dianggap mulut puaka dan tidak profesional.

Netizen juga berharap syarikat terlibat dapat mengambil tindakan terhadap sikap kedua-dua wanita itu agar dapat menjadi iktibar kepad aorang lain.

“Dealer kami memang garang dan tegas, jadi dia berhenti kerja. Kami perlukan lelaki yang segak, hensem dan tak sombong.
“Dia hilang sabar dan dia pun berhenti kerja. Tapi baguslah sebab saya tak suka dia sebab dia berlagak. Dia rasa dia hensem sangat ke? Dah la tak hensem, muka macam geng pelangi, putih melepak,” kata wanita tersebut.

Sementara itu, @onlyyourperson menjelaskan dia sebenarnya tidak tahu mengenai akaun bekas rakan sekerjanya itu sebelum menemuinya secara tidak sengaja.

Tidak cukup dengan itu, dia juga mendedahkan bahawa wanita yang berkata mahukan rakan sekerja lelaki yang segak dan kacak sebenarnya sudah berkahwin.

“Mungkin saya tak cukup hensem agaknya. Sebab dalam siaran langsung kalau korang tengok dia ada cakap nak lelaki yang segak dan hensem.
“Padahal yang cakap tu dah ada suami dan anak dua tak silap saya. Saya macam, kau nak rakan kerja yang hensem nak menggatal ke? Suami sendiri tak cukup hensem?” luahnya.

Luahan rakan sekerja staf Honda kantoi kutuk

Menurut @onlyyourperson, dia berhenti bekerja kerana mahu mengelak daripada individu seperti mereka disamping isterinya yang juga sedang mengandung.

“Saya berhenti kerja sebab tak nak duduk dengan circle yang toksik macam ni, tak syok. Isteri pun tengah mengandung.
“Saya nak pesan kat semua orang, tak payah mengata orang. Kita ni pun bukannya sempurna mana, bekerja dengan sihat. Allah nak tunjuk, kejap je,” ujarnya.

Staf Honda kantoi kutuk bekas rakan sekerja di TikTok

 

Orang kata, kalau kerja tu niat kena baik. Kena jaga kata-kata, kalau tak rezeki tak masuk…..

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:twitter X

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*