Isu Selesai, Hafidz Roshdi & Shuhada Setuju Tiada Lagi Sebar Aib Masing-Masing – “Kalau Benda Ni Berlaku Lagi, Saya…”

Sejak semalam, hangat diperkatakan tentang mesej berbaur lucah didakwa di antara Hafidz Roshdi dan kekasihnya ketika masih bersama bekas isteri, Nurul Shuhada atau Shu.

Mesej tersebut disebarkan sendiri oleh Shu yang turut berkata dia menyimpan bermaca-macam bukti membabitkan kecurangan Hafidz dan wanita itu yang kini merupakan isterinya, Athira Yuhada.

Hafidz nafi hantar mesej begitu

Aktor tersebut bagaimana menafikan ada menghantar mesej berbaur lucah seperti tertulis dalam tangkap layar yang tersebar itu.

Saya menafikan sebab saya tidak pernah ada perbualan seperti itu. Ia tidak berlaku antara saya dengan orang tersebut.

 

Hafidz juga berkata isu terbabit sudah selesai di mana kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak lagi menyebarkan aib kepada orang ramai.

Pihak saya dan dia sudah bersetuju untuk berdamai dan tidak lagi menyebarkan aib masing-masing (di media sosial).

 

Akan ambil tindakan jika berlaku lagi

Pelakon berusia 30 tahun itu juga turut menambah dan berkata dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pihak sana masih menyebarkan fitnah atau aib di media sosial.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:Tiktok

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*