Adik ‘lari’ ke Singapura selepas derita disihir! Kakak dengki bisnes maju, hidup mewah… Patutlah selalu hantar makanan

PERASAAN iri hati dan tidak boleh melihat kebahagiaan orang lain membuatkan segelintir individu hilang pertimbangan sehingga sanggup melakukan perbuatan ditegah oleh agama Islam.

Demikian juga kisah yang dikongsikan oleh seorang perawat di sebuah pusat perubatan Islam mengenai satu kes sihir yang pernah dikendalikannya beberapa tahun lalu.

Menurut perawat yang lebih dikenali sebagai Pak Habib (bukan nama sebenar), pesakitnya merupakan seorang wanita berusia 40-an yang menjadi mangsa sihir kakak kandung sendiri.

“Mangsa berkongsi cerita, dia mula tidak sihat sekitar penghujung 2021. Pada awalnya dia mengalami mimpi aneh dan menakutkan seperti dikejar lembaga, menyusu bayi dan mimpi yang buruk-buruk.

“Kemudian bermulalah episod dirinya menanggung kesakitan seperti kerap muntah darah, pedih ulu hati, kerap sesak nafas dan sakit-sakit badan terutamanya di bahagian belakang,” kongsinya.

 

Sihir juga boleh dihantar melalui makanan kepada mangsa yang disasarkan. -Gambar hiasan

Menurut perawat berkenaan, pesakitnya mendapatkan rawatan moden di hospital kerana menyangka menghidap penyakit tertentu sehingga berat badannya sedikit susut.

Beberapa ujian serta prosedur kesihatan telah dijalani pesakitnya namun doktor masih gagal mengesan penyakit sebenar yang membuatkannya derita.

“Pada pertengahan 2022, saya kebetulan ke utara tanah air kerana dijemput oleh sebuah pusat perubatan Islam di sana untuk merawat pesakit. Ketika itulah, saya bertemu dengan pesakit wanita ini yang ditemani suaminya.

“Sebenarnya, sebelum proses rawatan bermula, saya dah dapat ‘scan’ secara luaran yang dia sebenarnya terkena sihir. Kasihan lihat matanya cengkung, badan kurus dan berjalan sedikit membongkok biarpun masih muda,” ujarnya.

Dia juga tak pernah kedekut dengan keluarga… tapi itulah, mungkin kejayaannya membuatkan ada orang tidak senang.

PAK HABIB

 

Ketika proses rawatan berlangsung, wanita berkenaan bertukar menjadi agresif malah suaranya juga berubah menjadi garau.

“Selepas saya bacakan beberapa potong ayat al-Quran, dia seperti tidak sedarkan diri dan bertukar menjadi agresif. Itulah jin yang dihantar untuk ganggu dia.

“Ketika berinteraksi dengan jin berkenaan, ‘dia’ kata dihantar oleh tuannya untuk binasakan tuan badan. Tuannya guna sihir bomoh Siam. Sihir dihantar melalui makanan yang selalu dikirimkan ke rumah.

“Selain itu, ada barang tertentu yang turut ditanam di empat penjuru rumahnya.

“Ditanya kenapa ‘dia’ dihantar, katanya sebab tuan dia dengki tuan badan ni hidup senang, beli kereta baru, bergaya dengan barang kemas, selalu bercuti, bagi duit banyak dekat ibu ayah dia menyebabkannya disayangi,” ceritanya.

 

Ada mangsa yang disihir sehingga meninggal dunia kerana tidak tahan menanggung kesakitan. -Gambar hiasan

Selepas menjalani beberapa siri rawatan terhadap pesakit termasuk pembersihan rumahnya, Pak Habib berkata wanita berkenaan beransur pulih.

“Saya dan beberapa perawat terkejut apabila menjumpai barang yang ditanam di rumahnya. Ia adalah bungkusan berisi gumpalan rambut pesakit, tanah kubur dan beberapa barang lain.

“Pesakit sebenarnya tidak menyangka dia menjadi mangsa sihir kakak sendiri. Dia ada perniagaan butik pakaian, suaminya pula seorang kontraktor.

“Dia juga tak pernah kedekut dengan keluarga… tapi itulah, mungkin kejayaannya membuatkan ada orang tidak senang.

“Wanita itu dan suaminya kini dah berpindah ke Singapura, iaitu negeri kelahiran suaminya, selepas kedua ibu dan bapanya meninggal dunia tahun lepas. Dia juga dah maafkan kakaknya, walaupun pelakunya itu tak minta maaf pun,” akhirinya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber:Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*