“Darah Daging TokTi Terus Mendonia”-Umai Anak Saudara TokTi Pertaruh Lagu Cindai Pada Kejohanan Dunia Di US

Anak saudara kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza, Umairah, yang berusia 13 tahun, bakal mewakili Malaysia dalam kejohanan World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27.

Kejohanan ini akan berlangsung di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat, dari 28 Jun hingga 6 Julai.

Umairah, atau nama sebenarnya Ummi Umairah Saiful Anuar, akan bersaing dalam lima kategori berbeza dan akan mempertaruhkan lagu “Cindai” nyanyian asal ibu saudaranya dalam kategori World.

 

“Ini kali pertama saya menyertai WCOPA. Saya mahu mencuba sesuatu yang mencabar dan akan membawakan lima lagu mengikut lima kategori,” kata Umairah yang ditemui di acara mini persembahan pasukan Malaysia untuk WCOPA 2024 di Sekolah Seni Malaysia.

 

Lima kategori yang akan disertai oleh Umairah adalah Kontemporari, Terbuka, R&B, World, dan Variety.

“Ibu saudara ada berpesan supaya buat yang terbaik dan jangan malu-malu. Jujurnya, saya gementar, apatah lagi, tak pernah ke Los Angeles. Pertandingan ini besar buat saya. Jadi, saya akan berlatih betul-betul. Saya harap semua boleh doakan agar saya berjaya dan dapat bawa pulang pingat emas untuk Malaysia,” tambahnya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mycreative Promotion Sdn Bhd, Romli Bidin, menyatakan bahawa penyertaan pasukan Malaysia dalam kejohanan ini adalah peluang emas bagi karyawan tanah air untuk menonjolkan bakat kepada penggiat seni Hollywood dan menyerlahkan diri di arena antarabangsa.

Peserta juga berpeluang untuk mendapat biasiswa dari pusat pengajian tinggi seni persembahan di Hollywood dan New York yang bernilai lebih RM2 juta. Selain itu, mereka berpeluang meneruskan kerjaya di Hollywood bersama penerbit, syarikat, atau agensi seni persembahan terkemuka di sana.

Penyertaan pasukan Malaysia dalam kejohanan ini bukan sahaja menonjolkan bakat dan menyerlah di persada dunia seni persembahan, malah mempertingkatkan dan memperkembangkan kerjaya dalam industri seni.

Diharapkan kejayaan Umairah dan pasukan Malaysia dapat menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus mengejar impian mereka di peringkat antarabangsa.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*